Searching...
Saturday, April 11, 2015
9:23 PM 0

BANGSAT @ GILERRR !!! SUAMI NI TAK GUNA BETUL BAB DIA GEMBIRA ATAS KEMATIAN ISTERINYA ... mengapa ???

Redha Suami Ke atas Isteri 

 KISAH SI SUAMI YANG GEMBIRA ATAS KEMATIAN ISTERI DAN MOHON JANGAN UCAP TAKZIAH KEPADANYA | Redha Allah seorang isteri terletak dihati suaminya. Suami tidak redha ketika dia masih menjadi isteri, walaupun apabila telah bercerai suami tidak memaafkan, perempuan itu tidak mendapat ampunan Allah.

Maka takutlah Allah, jadilah isteri beriman dan bertakwa. Satu kisah, sepasang suami isteri. Isterinya telah meninggal dunia.

Kisahnya banyak memberi motivasi bagi para isteri untuk terus taat, patuh kepada suami hingga akhir hayat. Moga para isteri sekalian dipermudahkan ke arah itu. Kerana impian setiap wanita memang dari awal perkahwinan inginkan mati dalam redha suami.

Hari ini admin ingin mengingatkan suami dan isteri, hiduplah kita dalam redha meredhai, sebab matlamat hidup kita cuma satu, iaitu ingin mati dalam redha Allah. Mati dalam husnul khatimah. Tidak ada orang yang bercita-cita mati dalam suul khatimah.

Kisah suami isteri ini amat menyentuh hati, dan menjadi motivasi untuk terus mentaati suami agar terpilih meniggalkan alam dunia ini seperti isteri lelaki ini.

Dan suami juga mestilah menerima isteri seadanya, didik isteri dan saat kematian nya itu yang diharapkan, mendapat redha suami, kerana redhanya Allah kepada seorang isteri bergantungnya redha suami kepada isterinya. Redhanya Allah kepada seorang suami apabila redhanya ibu bapa kepadanya.

Hayatilah kisah ini buat pedoman dan iktibar buat kita semua, yang baik jadikan tauladan.

KEBAHAGIAAN SEORANG SUAMI

Seorang lelaki telah berumah-tangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan, kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.

Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, ia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan ta’ziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: ” semoga tidak ada sesiapapun dari kamu yang mengucapkan ta’ziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kata ku ini.”

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu…

Si suami meneruskan kata-katanya: ” Demi Allah yang tiada AIlah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.

Maha Suci Allah Ta’ala, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana ia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga ia telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi (salla ‘Llahu ‘alayhi wa aalihi wa sallam);

“Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redho kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga.”

Tatkala akan meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata:

“Wahai Allah, Aku sesungguhnya redho kepadanya, maka redhoilah ia.” Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku..

Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang ku rasakan ini.

Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan ta’ziah kepada ku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redho kepadanya.. Semoga Allah Ta’ala menerima isteriku dengan keredhoan-Nya.

Masyaallah… Alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami macam ni… Adakah kita mampu lakukan seperti yang dilakukan terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahagiakan suaminya.


0 comments:

Post a Comment