JIKA sebelum ini penyanyi Jennifer Lopez mengambil insurans punggung bagi melindungi asetnya itu sepanjang mengadakan persembahan, penyanyi Taylor Swift pula mengambil pendekatan berbeza dengan menginsuranskan kakinya.
Nak tahu tak berapa jumlah insurans yang diambilnya?
Pergh memang tinggi nilai aset kaki Taylor yang dikatakan berjumlah RM120 juta!
Memetik laporan media antarabangsa, penyanyi berusia 26 tahun itu mengambil berat terhadap aset pentingnya itu yang memberikan langkah sempurna bagi setiap gerak tari pada persembahannya.
Taylor pun pada mulanya tidak menyangkakan nilai sepasang kakinya berjumlah sebanyak itu kerana hanya merasakan asetnya itu bernilai lebih kurang sejuta sahaja.
Pergh memang kayalah Taylor kalau kakinya ada tercalar atau terluka sikit je nanti selepas ni!
SUMBER : MYNEWSHUB.CC
0 comments:
Post a Comment