Satu klip yang berdurasi 15 saat yang dimuat naik oleh MyNewsHub di YouTube telah menjadi viral dan trending pada hari ini. Di mana, video tersebut menampilkan seorang gadis melayu yang bertudung litup dan begitu cantik rupanya senang menyedut k3tamine dengan selamba.
Video itu sepertinya melibatkan tiga individu iaitu seorang perakam, seorang lelaki yang memegang fon seperti di dalam gambar di bawah dan gadis itu sendiri. Video ini memberi tamparan yang begitu besar kepada bangsa melayu kerana jelas menunjukkan betapa seriusnya keruntuhan akhlak dikalangan remaja melayu pada hari ini sehingga gadis yang cantik bertudung dan berbaju kurung sendiri dengan selamba melakukan penyalah gunaan dadah.
Sepertinya, lelaki yang memegang telefon dan menadah k3tamine itulah yang mendorong gadis tersebut itu untuk melakukan aksi sedut tersebut. Oleh kerana kecantikkan dan keayuan gadis tersebut, penulis harap pada suatu hari ini dia akan berubah dan kembali kepangkalan jalan. Seorang gadis sepertinya bukan seperti ini kedudukannya.
Namun begitu, penulis tidak menolak seandainya video tersebut hanyalah satu lakonan yang telah dirancang dengan tersusun dengan tujuan melancarkan satu propaganda yang bakal meraih viral di laman sosial.
0 comments:
Post a Comment