Searching...
Sunday, March 2, 2014
3:39 PM 0

Chef Zam Kritik dan maki kualiti makanan Penerbangan MAS

Kuala Lumpur: “Saya sudah 43 tahun, bukan (remaja) 14 atau 15 tahun nak maki-maki begitu,” luah chef selebriti terkenal, Chef Zam berhubung kontroversi yang mendakwa dia menggunakan bahasa kesat dalam akaun Instagram miliknya ketika menegur kualiti makanan dihidangkan dalam pesawat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS).
Salah faham itu timbul apabila sebuah blog hiburan melaporkan Chef Zam atau nama sebenarnya Zamzani Abdul Wahab mengkritik kualiti makanan berkenaan dengan kata-kata makian.
Walhal, kritikan pedas itu bukan kenyataan dikeluarkan Chef Zam, tetapi sebaliknya ia adalah komen daripada penumpang MAS lain yang dimuat naik semula (repost) olehnya menerusi Instagram.
Sebaliknya, menerusi akaun sama Chef Zam hanya mengulas semula komen berkenaan dan menyuarakan pendapatnya dalam bahasa Inggeris secara berhemah dan sopan, tidak seperti yang dilaporkan blog terbabit.

Chef Zam berkata, dia terkilan dengan kecuaian laporan blog itu sehingga menyebabkan gambar kritikan itu tersebar luas di Internet dan mengelirukan orang ramai.
“Cubalah fikir secara logik, takkanlah saya nak kritik dengan bahasa kesat, caci maki begitu untuk kritik sesuatu perkara.
“Blog itu tidak teliti betul-betul apa yang saya kongsi di Instagram. Kemudian suka-suka melaporkan isu tanpa bertanya kesahihan daripada saya dulu.

“Saya seorang profesional, selebriti dan ahli akademik pula, takkan saya nak maki dan mencarut perkataan ‘sial’ tak tentu pasal,” katanya.
Katanya, lebih memburukkan keadaan apabila segelintir pihak menghentamnya kerana menyangka dia mengeluarkan kata-kata kesat itu tanpa memahami komen itu bukan datang daripada dirinya.

“Inilah masalah orang kita. Tak faham dan baca betul-betul tapi nak jatuh hukum dengan mudah. Padahal komen saya dalam bahasa Inggeris bagi mengulas komen awal individu yang saya kongsi di Instagram.

“Bayangkan, ada pihak MAS yang marah kenapa saya cakap perkataan begitu pada makanannya sedangkan bukan saya yang cakap macam itu.

“Perkara jadi buruk bila blog itu lapor benda tak betul dan saya tak akan teragak-agak untuk saman mereka,” katanya.

0 comments:

Post a Comment