Seorang lelaki memfailkan cerai terhadap isterinya yang didakwa terlalu gemuk sehingga mengganggu hubungan seks antara mereka.
Dalam tuntutannya, lelaki itu mendakwa isterinya yang seberat 115 kilogram mengalami pelbagai penyakit sejak berat badannya bertambah sehingga menyebabkan dia tidak boleh mengadakan hubungan seks apabila wanita itu sering sakit.
Sementara itu, sumber Mahkamah Dubai memberitahu Gulf News bahawa wanita itu sebenarnya yang memfailkan saman berkenaan, malah memfailkan permohonan awal bulan ini.
Dalam tuntutannya, wanita itu mendakwa diabaikan suaminya yang juga dikatakan gagal memenuhi tanggungjawabnya sebagai suami.
Ini menyebabkan suaminya membalas tuntutan berkenaan selepas terkejut dan marah dengan perbuatan isterinya itu selain gagal mencapai kata sepakat antara mereka untuk menyelesaikan isu berkenaan secara baik.
Suami berkenaan mendakwa isterinya punca masalah antara mereka.
“Dia tidur hampir sepanjang masa, malah sering bangun pada waktu tengah hari.
“Seharian dihabiskan menonton televisyen manakala saya dan anak tidak dipedulikan langsung. Dia semakin mementingkan diri sendiri dan sering marah-marah sehingga saya sukar intim dengannya.
“Saya terpaksa membuat temujanji jika mahu mengadakan seks dengannya. – Agensi
Sumber : Metro
0 comments:
Post a Comment