Searching...
Wednesday, March 12, 2014
5:42 PM 0

(Foto+Video) Imbasan kembali Kekejaman Buangan Bayi Tahun lalu di China

Bila Imbas kembali kes paling teruk tahun lalu. Kesian !! pada budak ini...Juga benci terhadap kekejaman manusia yang sanggup buang bayi sendiri di LUBANG TANDAS !!!  



Kes berlaku di sebuah rumah negara China.



Bayi tersangkut dalam saluran paip, bayi berkenaan diselamatkan anggota bomba dari dalam paip selebar 10 sentimeter.  Kebetulan saluran paip tersebut terletak betul-betul di bawah sebuah tandas selepas beberapa orang mendengar bayi menangis.



Bayi itu ditemui di bawah sebuah kediaman di Jinhua, di kawasan mewah Zhejiang. 

bayi4

Pasukan penyelamat terpaksa memotong paip berkenaan dan membawanya bersama-sama bayi itu ke hospital berhampiran. Doktor dengan berhati-hati memotong paip itu, kerja yang dilakukan hampir sejam, sebelum dapat menyelamatkan bayi lelaki seberat 2.3 kilogram itu.

bayi5

Adakah mereka yang bertanggungjawab layak dipanggil manusia. “Sifat kehaiwanan berbanding kemanusiaan di kalangan orang dewasa semakin meluas.”



Laporan mengenai bayi dibuang sering disiar media negara berkenaan. Antara punca yang dikatakan menyebabkan keadaan itu berleluasa ialah undang-undang merancang keluarga yang ketat. China melarang pasangan suami isteri mempunyai lebih daripada seorang anak.



Media China melaporkan, kanak-kanak itu yang dinamakan Bayi Nombor 59 sempena nombor inkubatornya, selamat dan stabil.



( Video Pertama)

Rakaman video mengenai usaha menyelamat itu disiarkan di seluruh negara semalam dan mendapat ribuan ulasan menerusi Weibo, laman media sosial popular negara itu. Seorang pengguna menulis: “Saya tidak boleh menerima atau memaafkan perbuatan membuang bayi yang masih beruri dan bertali pusat ke dalam paip tandas.

(Video Kedua)












0 comments:

Post a Comment