Searching...
Sunday, March 2, 2014
8:00 PM 0

Mengesal status pemohonan BR1M tidak diterima untuk status Khawin

Ada beberapa pemohonan tidak diterima di kawasan Jitra. Mengikut syarat BR1M 3.0 yang ditetapkan oleh kerajaan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000.

Pesara kerajaan, Md Bukhari Ismail, 63, berkata, dia teriklan tidak layak menerima BR1M 3.0 sedangkan sebelum ini dia menerima BR1M 1.0 dan 2.0.

Isu BR1M: Kesal status kahwin dipersoal
Md Bukhari menunjukkan kad pesara kerajaan dan kad pengenalan sebagai bukti warganegara Malaysia

“Apabila saya semak dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), mereka kata permohonan saya masih dalam proses. Tetapi saya diarahkan pula pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menyemak status perkahwinan.

“Kenapa sekarang baru diarahkan untuk menyemak status perkahwinan, walhal sebelum ini tidak pula diarahkan berbuat demikian?” katanya,  semalam.

Md Bukhari yang berpendapatan RM825 sebulan turut mempertikai tindakan pihak berkenaan untuk menyemak permohonannya semula.

“Kenapa maklumat saya perlu disemak semula? Pada saya, yang perlu diproses semula adalah penerima baru yang berumur 21 tahun dan mereka yang baru berkahwin.

“Saya berkahwin dengan warga asing, tetapi saya sendiri warganegara Malaysia. Saya yang menanggung dua anak yang masih bersekolah dan isteri,” katanya.

Peniaga, Sukor Abdullah, 44, pula terpaksa berdepan dengan masalah nama disenaraihitam oleh Kementerian Kewangan.

Katanya, perkara itu terjadi sebab pihak berkenaan mendakwa dia telah menuntut BR1M 1.0 dua kali.

“Sebelum ini saya menerima BR1M 1.0. Kemudian saya tuntut mewakili arwah ibu saya yang telah meninggal dunia pada 26 Disember 2011. Sebagai waris lelaki terdekat, saya dikehendaki berbuat demikian.

“Kemudian pada 11 Julai 2012, Kementerian Kewangan menghantar kepada saya surat peringatan untuk memulangkan lebihan tuntutan BR1M sebanyak RM500 dalam tempoh 21 hari dari tarikh surat itu dikeluarkan,” katanya.

Sukor berkata, surat itu menyebut, sekiranya gagal berbuat demikian, pihak berkenaan akan buat laporan polis untuk siasat di bawah Kanun Keseksaan (Akta 574).

“Saya hairan semasa buat tuntutan itu, saya telah menyediakan semua dokumen mengikut apa yang pihak berkenaan minta.

“Pihak berkenaan sepatutnya perlu buat pengesahan bahawa saya buat tuntutan BR1M kali kedua adalah untuk si mati sebagai waris. Sekiranya dokumen itu tidak lengkap, bagaimana pula boleh saya terima surat peringatan?” katanya.

Menurutnya, dia mengetahui mengenai penyenaraian hitam itu setelah dimaklumkan oleh LHDN semasa membuat semakan Khamis lalu.

Katanya pendapatan isi rumahnya RM1,200 sebulan dan permohonannya bagi BR1M 2.0 turut ditolak.




0 comments:

Post a Comment