Searching...
Monday, August 17, 2015
9:03 AM 0

ALAMAK TERJUMPA TAHI KUCING DALAM KACANG DAL DI PASAR RAYA(3 GAMBAR+1 VIDEO)

MEMUALKAN! Itu ungkapan paling layak diberi terhadap situasi yang dirakamkan oleh seorang individu ini.
Memuat naik klip berdurasi 8 saat itu di laman sosial Facebooknya, Yana Ghazali membuat satu pendedahan yang mengejutkan banyak pihak.
Tulisnya di ruangan status, kejadian tersebut berlaku di Pasar Raya Econsave Kampung Melayu Subang, Selangor.
najis kucing 2 (1)najis kucing 1
Cuba bayangkan, sedang anda mencedok kacang dal mentah untuk dibeli di sebuah pasar raya, tiba-tiba terlihat seketul najis terdampar di permukaan bahan makanan tersebut. Pastinya memualkan, bukan?
Walaupun pelik memikirkan bagaimana najis boleh muncul dalam karung dal, lagi tambah pelik apabila tak ada seorang pun pekerja pasar raya yang perasan akan situasi menjijikkan itu.
Tambah jijik, najis yang dipercayai dari kucing itu sedang dihurung lalat. Senang cakap, masih ‘fresh’ lagilah.
Nampaknya, pihak pengurusan pasar raya terbabit perlu mengambil tindakan segera bagi membendung situasi tersebut daripada berulang. Yelah, takkan nak dijual bahan yang sudah bersalut dengan najis kot. Tambahan pula, ianya merupakan bahan makanan.
Senang cakap, jangan fikir untung sahaja. Utamakan juga aspek kebersihan ya!

Rakaman Video 8 Saat Najis Dalam Kacang Dal Mentah


Artikel menarik:




0 comments:

Post a Comment