Searching...
Monday, August 17, 2015
2:24 AM 0

WALAU DIA DAH JADI ISLAM TAPI KASIH SAYANG DENGAN IBU TETAP KEKAL(2 GAMBAR)

terbaik
SEDAR tak sedar, Aidilfitri sudah semakin tiba ke penghujungnya dan suasana perayaan masih dapat dirasakan sehingga ke hari ini.
Hari Raya Aidilfitri bukan sahaja disambut meriah oleh seluruh umat Islam di negara ini, malah ia merupakan medan penyatuan pelbagai bangsa yang turut sama meraikannya tanpa mengira perbezaan kaum dan fahaman.
Sebagai contoh terbaik mengenai perpaduan dan nilai keharmonian masyarakat, kami tertarik kepada gambar yang dikongsikan oleh saudara Ihsan Sivan Abdullah di halaman Facebooknya baru-baru ini.
Ihsan yang juga merupakan seorang India-Muslim yang baru memeluk Islam telah berkongsikan satu gambar menarik mengenai ‘kemeriahan’ keluarganya.
Gambar tersebut memperlihatkan beliau, isterinya yang juga Melayu, dua anaknya yang kesemuanya berpakaian tradisional Melayu serta bersama bonda tersayang yang dipercayai bukan beragama Islam, memakai Sari.

Sumber gambar: Facebook Ihsan Sivan Abdullah
Dalam pautan yang dikongsikan beliau, Ihsan turut berkongsi kesukaran yang dihadapinya selepas memeluk Islam dan bagaimana ibunya teguh berdiri di sisinya bagi mempertahankan keputusannya itu.
Saya sentiasa doakan beliau (ibu) dapat hidayah, bulan puasa beliau datang rumah dan bantu jaga anak disebabkan wife berniaga bazar ramadan, ini lah kasih sayang seorang ibu tanpa sempadan agama,” ujar Ihsan kepada pertanyaan seorang sahabat mengenai ibunya.
Benarlah kata orang, kasih ibu itu sepanjang hayat. Walaupun ibunya berlainan agama, ibunya tetap menyokong dan menghormati keputusannya yang ingin memeluk agama Islam.
Seorang pengguna Facebook, berkata: “Berbilion hormat kepada kamu. Ibu adalah segalanya di dunia ini,” kata Muhammad Syahir.
Manakala rata-rata netizen turut memberikan semangat disamping meluahkan rasa bangga dengan kemesraan dan kasih sayang keluarga Ihsan.
Artikel menarik:

0 comments:

Post a Comment