Searching...
Sunday, August 16, 2015
11:43 PM 0

ANGKA PERKORBANAN DALAM LETUPAN TIANJIN KINI MENINGKAT KE 112 ORANG

ANGKA kematian akibat letupan kuat di bandar pelabuhan Tianjin meningkat kepada 112 orang dan 95 lagi anggota bomba dilaporkan masih belum ditemui setakat hari ini, lapor agensi berita CNN.
Jumlah mangsa kecederan pula meningkat kepada 720 orang serta 71 daripadanya berada dalam keadaan kritikal.
Menurut Timbalan Ketua Jabatan Propaganda Tianjin, Gong Jiansheng, berkata kesemua identiti mangsa akan dikenal pasti termasuk anggota bomba yang terkorban dalam operasi memadam kebakaran.
“Pada jam 9:00 pagi (0100 GMT) pada 16 Ogos, jumlah kematian adalah 112,” kata Gong Jiansheng, memberitahu sidang akhbar.
“Kami telah mengenal pasti 24 mayat, dan kira-kira 88 lagi mayat akan dikenal pasti serta sekurang-kurangnya 21 anggota bomba adalah antara mangsa maut,” katanya.
Pihak berkuasa mula memindahkan penduduk di sekitar kawasan letupan besar di bandar pelabuhan ini berikutan kebimbangan pencemaran daripada gas beracun.
Menurut info pusat gempa China, kejadian letupan mega pada Rabu itu menyamai kadar skala penggunaan 21 tan metrik bom atau gempa dengan magnitud 2.9.
Pegawai bertungkus lumus untuk mengenal pasti bahan-bahan asing yang terdapat di tempat kejadian, menimbulkan kebimbangan dan keraguan di kalangan penduduk di Tianjin, yang mempunyai penduduk sebanyak 15 juta.
SILA BACA SETERUSNYA SINI

Artikel menarik:

0 comments:

Post a Comment