Searching...
Sunday, August 16, 2015
10:22 PM 0

BOMBA NYARIS MAUT SELEPAS 31 JAM HILANG SEMASA LETUPAN DI CHINA(1 GAMBAR+1 VIDEO)

SUSULAN insiden letupan besar di utara China, seorang anggota bomba tempatan yang dilaporkan hilang telah dijumpai semula masih lagi hidup selepas 31 jam nahas itu berlaku.
Menurut akhbar tempatan, anggota bomba terbabit telah terperangkap lebih 31 jam selepas dua letupan besar menggegarkan pelabuhan Tianjin kira-kira jam 11.30 malam pada Rabu lalu.
Mangsa yang dikenali sebagai Zhou Ti, 19, merupakan antara kumpulan pasukan bomba yang pertama ditugaskan ke tempat kejadian untuk mengawal kebakaran yang berlaku.
Zhou Ti yang melecur di bahagian muka serta beberapa anggota badan yang lain dihantar ke Hospital Teda untuk mendapat rawatan lanjut. Media tempatan menyatakan dia kini berada dalam keadaan yang stabil.
Seramai 17 orang anggota bomba dilaporkan telah terkorban akibat daripada letupan dahsyat berlaku di sebuah gudang di pelabuhan itu yang bersamaan dengan 24 tan bom TNT.
Jumlah kematian terkini juga mencatat lebih 50 orang telah terkorban dan dipercayai akan meningkat manakala lebih 700 kini dimasukkan ke dalam hospital.
Rakaman letupan yang berlaku di Tianjin, China
Artikel menarik:

0 comments:

Post a Comment