Searching...
Sunday, February 23, 2014
12:25 AM 0

Azan, doa mudahkan operasi

Segamat: “Saya melaungkan azan di enam penjuru dari atas bot bomba dalam usaha untuk mengesan sama ada operasi mencari dan menyelamat baki lima mangsa diganggu atau sebaliknya.
Foto
KELUARGA mangsa tidak dapat menahan sebak selepas membuat pengecaman mayat.

“Alhamdulillah, ketika saya melaungkan azan dan membaca doa, tiada sebarang masalah dialami pasukan penyelamat,” kata Imam Masjid al-Muhajirin Buloh Kasap Samsuri Ismail, 52, semalam.
Operasi mencari dan menyelamat itu disertai 133 petugas keselamatan membabitkan bomba dan penyelamat Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.
Foto
PASUKAN Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengangkat mayat mangsa lemas, Mohd Syafiq Md Syukor yang ditemui kira-kira pukul 2.06 petang sebaik sahaja azan Zuhur untuk solat berjemaah dilaungkan.

Ia turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Pejabat Daerah Segamat.
Kejadian dilaporkan berlaku pada jam 9 pagi kelmarin sebelum operasi mencari dan menyelamatkan dimulakan pada jam 9.48 pagi.

SUMBER: Harian Metro

0 comments:

Post a Comment