Searching...
Thursday, February 27, 2014
6:54 PM 0

Putus Jari akibat ditarik keluar dari segancu motosikal

Kuala Terengganu: “Putus terus ibu jari saya sebaik ditarik keluar daripada gegancu motosikal,” kata Muhammad Sulaiman, 42, yang kehilangan ibu jari tangan kanan selepas tersepit pada gegancu motosikal Honda Wave di depan rumahnya di Kampung Beladau Selat, di sini, kelmarin.
Kakitangan kerajaan itu berkata, dalam kejadian jam 9 pagi dia sedang membaiki tayar serta melicinkan rantai motosikalnya dan sebaik selesai memasang tayar belakang dia mengambil minyak pelincir serta kain buruk untuk disapu pada rantai motosikalnya yang berkarat.

Katanya, sebelum itu dia menongkat tinggi serta menghidupkan enjin motosikalnya bagi memudahkan tayar belakang berpusing selepas menekan gear.
“Dalam keadaan tayar itu berpusing saya menggunakan kain diletakkan minyak pelincir itu untuk disapu pada rantai berkenaan.

“Melihatkan tayar itu lambat berpusing saya memulas pelapik getah minyak pada pemegang motosikal supaya tayar berpusing.

“Tindakan itu menyebabkan kain buruk disapu pada rantai terus termasuk ke dalam gegancu motosikal sekali gus menarik ibu jari tangan kanan saya ke dalam putaran gegancu itu,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam.
Bapa lima anak itu berkata, enjin motosikalnya mati sebaik ibu jari tangan kanan tersepit.

Katanya, dia terus menarik tangan kanannya sekuat mungkin untuk melepaskan ibu jarinya yang tersepit, namun ibu jarinya yang remuk putus sebaik ditarik.


0 comments:

Post a Comment