Manjung: Tiga penjenayah dipercayai warga asing dengan seorang daripada mereka memiliki sepucuk pistol jenis Smith & Wesson Magnum 357, ditembak mati anggota polis dalam satu kejadian di Kampung Buruk Bakul, Beruas, dekat sini, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 5.40 pagi, pasukan Cantas Khas dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak mengesan kenderaan PROTON Waja dinaiki suspek dalam keadaan mencurigakan sebelum mengekori dan memintas kenderaan berkenaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, secara tiba-tiba seorang suspek bertindak melepaskan tembakan ke arah kenderaan polis sehingga terkena cermin sisi di tempat duduk belakang kenderaan.
“Ketika itu, kenderaan pasukan Cantas Khas menghimpit kenderaan suspek menyebabkannya terbabas ke tepi jalan. Suspek terus melepaskan beberapa das tembakan sebelum tiba-tiba dua suspek bersenjata parang keluar dari kenderaan itu dan cuba menyerang pasukan Cantas Khas.

ANTARA barangan ditemui dalam kenderaan suspek.
“Dalam usaha mempertahankan diri, pasukan Cantas Khas melepaskan tembakan ke arah suspek menyebabkan ketiga-tiganya maut di tempat kejadian,” katanya.
0 comments:
Post a Comment