Searching...
Thursday, February 20, 2014
6:03 AM 0

Tetakan dendam

Kota Bharu: Seorang wanita hamil lapan bulan trauma melihat suaminya ditetak saudaranya menggunakan pedang di Kampung Paloh, Pintu Geng, kelmarin.



Foto
NENEK mangsa, Muji Dollah menunjukkan cara cucunya ditetak dalam kejadian di Kampung Paloh, kelmarin.

Kejadian jam 2 petang itu menyebabkan Ikmal Fadzli Ismail, 23, parah di leher dan tangan kiri serta putus urat dua jari kiri sebelum dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan.
Isteri mangsa, Nur Fatehah Rosli, 18, berkata, sebelum kejadian dia bersama suami berehat di ruang tamu apabila dikejutkan dengan bunyi hon motosikal dan suara dua saudara lelakinya menjerit menyuruh suaminya keluar.
“Saya dan suami bergegas keluar, namun terkejut apabila seorang daripada mengeluarkan pedang pendek dari beg sandang lalu memasuki rumah.
“Mereka bertanya dengan nada marah kenapa suami menyebut nama mereka kepada polis sebelum mengejar suami dan menetaknya di tandas.
Suami berusaha mengelak dan satu tetakan dihalang dengan tangan.
“Saya panik dan hanya mampu menjerit meminta tolong sebelum nenek dan bapa saudara datang menyelamatkan suami serta menghalau kedua-dua mereka dari rumah,” katanya yang ditemui di HRPZ II di sini, kelmarin.
Katanya, akibat kejadian itu, suaminya menjalani pembedahan menyambung urat jari yang putus dan menerima beberapa jahitan di belakang leher.
“Kami sebenarnya singgah di rumah ibu mentua di Kampung Paloh dan sudah mahu pulang ke rumah di Bachok pada hari kejadian.
“Kerana penat, kami berehat dulu.

Tidak sangka mereka tergamak menetak suami,” katanya.
Difahamkan, dua lelaki bersaudara itu tidak puas hati dengan mangsa yang dikatakan memberi maklumat kepada polis mengenai perbuatan jenayah mereka.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu Superintendan Idris Abd Rafar ketika dihubungi, mengesahkan kejadian dan usaha mengesan suspek dijalankan.

SUMBER: METRO HARIAN

0 comments:

Post a Comment