Sepasang suami isteri begitu resah apabila menyaksikan bayi mereka tercungap-cungap akibat lelah setiap kali aktif bermain bersama kembarnya selepas disahkan menghidap jantung berlubang.
Badli Shah Osman, 43, berkata, dia dan isterinya hanya mengetahui mengenai masalah dihadapi anak sulungnya itu selepas pemeriksaan dijalankan doktor mengesahkan Anis Maisarah, enam bulan, mempunyai masalah jantung berlubang beberapa hari selepas dilahirkan.
“Bagaimanapun, bersyukur kerana adik kembarnya, Alya Batrisyia, tidak mempunyai sebarang masalah sama seperti kakaknya yang kerap mengalami gangguan pernafasan sekiranya bergerak terlalu aktif,” ketika ditemui di Pusat Perubatan Gleneagles, semalam.
Dia yang bekerja sebagai pembantu peniaga pasar malam dengan pendapatan bulanan sekitar RM800 merayu sumbangan orang ramai bagi menampung kos pembedahan dan rawatan susulan anaknya itu dianggarkan berjumlah RM40,000.
Isterinya, Masliza Mohamed Nasir, 32, tidak bekerja menyebabkan pasangan itu menghadapi kesulitan untuk mendapatkan wang membiayai pembedahan berkenaan dalam masa yang amat singkat dijadualkan pada Mac depan.
“Saya dan isteri merayu kepada orang ramai membantu kami dalam mengumpul wang bagi membiayai kos pembedahan Anis Maisarah kerana kami memang tidak mampu untuk menampung perbelanjaan sebesar itu.
“Beratnya kini hanya 1.97 kilogram dan doktor memaklumkan ia hanya meningkat kurang daripada 300 gram setiap bulan menyebabkan kami bertambah resah dengan keadaannya itu,” katanya.
Pasangan itu menetap di Sungai Layar, Sungai Petani, Kedah, dan orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh menghantar cek melalui Tabung Amal NSTP, Bahagian Kewangan/Unit Kebajikan, The New Straits Times Press (M) Bhd, No 31, Balai Berita, Jalan Riong, 59100, Kuala Lumpur.
Pasangan itu menetap di Sungai Layar, Sungai Petani, Kedah, dan orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh menghantar cek melalui Tabung Amal NSTP, Bahagian Kewangan/Unit Kebajikan, The New Straits Times Press (M) Bhd, No 31, Balai Berita, Jalan Riong, 59100, Kuala Lumpur.
BADLI Shah memangku Alya Batrisyia manakala Masliza memangku Anis Maisarah.
SUMBER: METRO HARIAN
0 comments:
Post a Comment