Searching...
Wednesday, February 19, 2014
11:46 PM 0

Penghina agama mesti ditangkap

Kuantan: “Sampai bila kita hendak lihat Islam terus dihina tanpa sebarang tindakan? Penghina agama mesti ditangkap, maruah Islam perlu diselamatkan,” kata Pengerusi Kelab Anak Muda Indera Mahkota (KAMI) Muhammad Faiz Hashim yang membuat laporan polis terhadap Facebook (FB) Murtads in Pantai Timur (MPT) yang mempertikai Allah SWT dan menyelar Nabi Muhammad SAW.

Foto

Laporan dibuat badan bukan kerajaan (NGO) itu di Balai Polis Indera Mahkota, di sini, selepas berita mengenai perbuatan biadab pemilik FB terbabit disiarkan Harian Metro, semalam.
Muhammad Faiz berkata, pihaknya membuat laporan polis kerana tercabar dengan pemilik FB berkenaan biadab, terang-terangan menghina Islam.
Katanya, pihak berkuasa perlu bertindak tegas menangkap penghina agama kerana perbuatan itu disifatkan sebagai kurang ajar dan boleh merosakkan akidah umat Islam seterusnya mengundang perbalahan.
“Kami sebagai umat Islam dan antipengkhianat Islam melihat kandungan FB berkenaan menghina Islam, Nabi Muhammad dan umat Islam.
“Kenyataan yang disiarkan pemilik FB berkenaan amat melampau kerana memainkan sentimen agama.
“Pemilik FB berkenaan turut mempertikai kewujudan Allah serta memperlekehkan ibadah dan tanggungjawab umat Isam,” katanya yang juga Ketua Pemuda UMNO Indera Mahkota.

SUMBER: Metro Harian

0 comments:

Post a Comment