Searching...
Thursday, March 6, 2014
3:30 AM 0

Anak saudara timbalan menteri terjun Jambatan P. Pinang baru

GEORGE TOWN: Baharu sahaja dibuka untuk orang ramai iaitu pada Ahad lalu, Jambatan Kedua Pulau Pinang mencatatkan tragedi apabila seorang lelaki bertindak terjun dari jambatan itu pada Rabu.
Lelaki berkenaan yang berusia 26 tahun, dipercayai anak saudara kepada timbalan menteri.
Dia dikatakan telah melompat dari jambatan Batu Kawan kira-kira pukul 2.40 petang.
Bagaimanapun dia diselamatkan oleh nelayan sejauh kira-kira 500 meter dari KM13.9 jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, tempat di mana dia dipercayai terjun.
Polis marin tiba tidak lama kemudian dan membawanya ke pangkalan di Batu Uban.
Beliau kini menjalani rawatan di unit rawatan rapi Hospital Pulau Pinang.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin berkata, suspek itu kini dalam keadaan stabil dan kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana “cubaan membunuh diri”.
Mereka yang menghadapi tekanan emosi di Pulau Pinang boleh menghubungi Befrienders di 04-281 5161/1108; Ipoh 05-547 7933/7955; dan Lembah Klang 03-7956 8144/8145.
Pada 6 Jun 2013, tiga orang disahkan cedera akibat runtuhan tanjakan konkrit dan besi penyambung susur keluar jambatan berkenaan di kawasan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.
Jambatan berkenaan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu lalu dan dibuka untuk orang ramai sehari kemudian tanpa dikenakan tol selama sebulan.
Kerajaan juga bersetuju menamakan jambatan itu sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Mungkin masalah kewangan kot.. Harap keadaan stabil dan selamat bagi dia..Aminnn..

0 comments:

Post a Comment