Searching...
Monday, March 3, 2014
4:25 PM 0

Mayat bayi terjumpa di kotak kasut

Mayat bayi lelaki terjumpa di Sepanggar oleh seorang pekerja (DBKK) Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. 
Bayinya ditinggalkan dalam kotak kasut serta balut dengan plastik hitam. Malah ia terjumpa di pondok pembuangan sampah di institusi pengajian tinggi awam Jalan Sepanggar kira - kira jam 10 pagi tadi.

Pekerja DBKK bersama rakannya sedang menjalankan kerja mengangkut sampah di kawasan pondok pembungan sampah di dalam institusi berkenaan sebelum membuat penemuan itu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Jauteh Dikun dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Menurutnya, mayat bayi itu telah pun dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk bedah siasat.
Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.



0 comments:

Post a Comment