Searching...
Monday, March 3, 2014
4:50 PM 0

Bayi melecur perlu bantuan Ramai !!!!


ALOR SETAR - Bapa kepada bayi lapan bulan yang mengalami masalah mengelupas kulit seakan-akan melecur terpaksa mengharapkan simpati keluarga menyara kehidupan mereka kerana perlu memberikan sepenuh perhatian menjaga Muhammad Nasrullah.
Khairul Nizam Lebai Jusoh, 41, yang bekerja sebagai penyelia stesen minyak di Jalan Stadium berkata, sejak kejadian berkenaan menimpa anaknya, dia kadang-kala jarang-jarang ke tempat kerja.

Bayi melecur perlu bantuan

Difahamkan, penderitaan dialami anak pasangan terbabit boleh disembuhkan jikalau kena caranya, namun Khairul Nizam bimbang ia memerlukan kos kewangan tinggi, sekaligus mengambil masa lama untuk pulih segera.

Lebih memburukkan keadaan, isterinya, Nur Shazira Mohd Salleh, 23, yang bekerja sambilan di sebuah kedai makan dengan pendapatan tidak menentu, terpaksa mengambil tindakan berhenti untuk menjaga anak mereka.



Justeru, orang ramai ingin membantu mengurangkan penderitaan dialami bayi berusia lapan bulan terbabit, sekaligus membolehkan dirinya sembuh segera boleh melakukannya dengan menghubungi bapanya di talian 017-5401280.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan penderitaan bayi berusia lapan bulan, Muhammad Nasrullah apabila sebahagian besar kulitnya bertukar kehitaman, lalu mengelupas sehingga menampakkan isi.

Akibat kesakitan, Nasrullah tidak henti menangis mahupun mengerang kerana kulitnya mengelupas akibat kekeringan sehingga menyebabkan dia perlu tidur dalam bilik berhawa dingin.



SUMBER: SINAR HARIAN

0 comments:

Post a Comment