Searching...
Sunday, February 16, 2014
9:03 PM 0

Pendakwah Kesal Insiden Suami Isteri Ditahan

Tindakan yang diambil pihak berkuasa Sweden yang menahan pasangan suami isteri dari Malaysia atas dakwaan memukul anak mereka yang enggan menunaikan solat dikecam dan ia disifatkan sebagai tidak menjaga sensitiviti umat Islam.
Wisma Putera Minta Sweden Pindahkan Anak Warga M'sia Ke Penjaga Islam
Kerajaan Sweden dilihat tidak peka dan tidak bersikap terbuka terutamanya dalam soal tanggungjawab ibu bapa mendidik anak mengikut acuan penganut Muslim.
Islam merupakan agama kedua terbesar di dunia di belakang agama Kristian.
Penasihat Agama dan Media Pertubuhan Bantuan Kemanusiaan Malaysia (IAM) Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar berkata pihak berkuasa Sweden perlu lebih peka tentang bagaimana tuntutan yang telah disarankan dalam Islam tentang cara ibu bapa Muslim mendidik anak mereka terutamanya dalam bab solat.
“Dalam soal ini ibu bapa itu juga semestinya tahu bagaimana untuk mendidik anak mereka, Perbuatan memukul dalam soal ini lebih menjurus kepada soal mendidik dan bukan bertujuan untuk mencederakan, Ia telah pun diterangkan secara jelas dalam Hadis Nabi Muhammad S.A.W.
Dalam Hadis riwayat Abu Daud Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud “Perintahkanlah anak-anak kamu untuk bersolat ketika mereka berusia tujuh tahun dan pukullah mereka (sekiranya lalai daripada menunaikan solat) ketika berumur 10 tahun serta asingkanlah tempat tidur antara mereka
“Ini jelas merujuk kepada sensitiviti agama Islam, pihak Sweden sepatutnya lebih terbuka dalam soal ini seperti mana orang Islam bersikap terbuka dalam soal agama-agama lain termasuk Kristian, ” katanya kepada Mynewshub.my ketika dihubungi hari ini.
Menurut beliau, pihak Sweden mengambil tindakan ke atas isu ini atas soal hak asasi manusia tanpa mengambil kira ia melibatkan satu tuntutan dalam agama Islam yang turut dituruti oleh jutaan penganut agama Islam lain di seluruh dunia.
“Tidak perlu kerajaan Sweden menjadi seperti ‘Robin Hood’ dengan menjadikan keluarga Muslim berkenaan sebagai sebab untuk mengambil tindakan dan kemudian menyebarkan kebaikan mereka mempertahankan hak asasi manusia,” katanya.
Mengulas mengenai pasangan suami isteri yang ditahan, Ustaz Tuan Asmawi berkata perkara sudah berlaku dan ia perlu dihadapi serta undang-undang di Sweden perlu dihormati.
“Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Luar boleh berbincang secara dua hala antara kerajaan dengan kerajaan Sweden dalam kemungkinan menjadikan hukuman dan penalti kepada pasangan suami isteri itu,” katanya.
Sementara itu, Sweden merupakan negara pertama di dunia yang menjadikan perbuatan memukul anak untuk mendisiplinkan mereka sebagai satu kesalahan.
Sweden sebelum ini, lama telah dijadikan contoh dari segi pendidikan anak dan kekeluargaan tetapi kini dilihat seperti mereka memberikan lebih banyak kebebasan kepada anak yang mungkin akan membawa kepada kebinasaan, memetik laporan AFP.
Menurut seorang Pakar Psikologi dan bapa kepada enam orang anak David Eberhard, dari beberapa aspek kanak-kanak di Sweden adalah lemah dari segi disiplin dan budi bahasa.
“Mereka akan bercakap dengan kuat atau menjerit biarpun ada orang dewasa sedang bercakap di meja makan, mereka juga akan mengganggu hidup anda pada setiap masa, dan kini mereka mahu ruang yang sama seperti orang dewasa,” katanya mengulas mengenai kanak-kanak Sweden. 
SUMBER: IBNU K/Mynewshub.my

0 comments:

Post a Comment