Searching...
Monday, March 9, 2015
12:11 AM 0

ALAMAK !!! LELAKI BUNUH DIRI TERGANTUNG DI POKOK .... mengapa ???

mayat-tergantung-di-pokok

SHAH ALAM, (MLP)  - Seorang lelaki warga Myanmar berusia 21 tahun ditemui tergantung di pokok di taman rekreasi di Persiaran Setia Indah, Setia Alam, pagi tadi.

Media melaporkan, mayat lelaki terbabit ditemui oleh sepasukan polis bantuan kawasan perumahan berkenaan yang menjalankan rondaan pada kira-kira 7 pagi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Azisman Alias mengesahkan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).

Siasatan awal mendapati tiada sebarang kecederaan pada tubuh mangsa dan siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian.

"Mayat lelaki terbabit dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk bedah siasat dan polis bekerjasama dengan pihak UNHCR Kuala Lumpur untuk mendapatkan maklumat lanjut," katanya yang dipetik daru.


SUMBER: Harian Metro 

0 comments:

Post a Comment