Searching...
Monday, March 30, 2015
9:05 PM 0

OPPS !!! TAUKE KEDAI GAMBAR UPAH GADIS BIKINI UNTUK CUCI KEDAINYA KINI VIRAL DI DUNIA ( 3 GAMBAR + 1 VIDEO )

CHINA – Sebuah kedai kamera di bandar Taiyuan mempunyai cara tersendiri untuk menarik pelanggan iaitu dengan mengupah gadis-gadis berbikini untuk mencuci kedainya.
Keadaan itu menyebabkan kedai terbabit dikerumun oleh kaum lelaki yang tidak mahu melepaskan peluang melihat gadis itu mencuci tingkap dan mengelap lantai di kedai Golden Eagle Nikon.
Bukan sahaja jurugambar professional malah pejalan kaki akan turut berhenti di situ untuk merakamkan gambar hingga menyebabkan kawasan sekeliling sesak.
3
1
Menurut pengurus kedai, Jin Yeh, dia mahu memastikan kedainya bersih dan segar ketika pembukaan rasmi untuk pelanggan dan media.
“Memandangkan ini adalah sebuah kedai kamera dan jurugambar juga mahu merakamkan gambar menarik, maka saya mengupah model untuk berposing.
“Dari situ saya dapat dua perkara, iaitu kedai bersih dan dalam masa sama menyediakan gadis cantik untuk jurugambar amatur,’’ katanya.
Kedai itu menjalankan kerjasama dengan Niko untuk dijadikan sebagai pusat latihan pada 2014.  


SUMBER: MYNEWSHUB.cc

0 comments:

Post a Comment