Searching...
Monday, March 30, 2015
9:30 PM 0

OMG !!! BUDAK USIA 13 TAHUN TEMBAK ADIK USIA 6 TAHUN DENGAN KEJAM DAN CEDERA ABANGNYA KERANA MAKANAN .... kenapa ??? (1 GAMBAR + 1 VIDEO )

SEORANG remaja 13 tahun dari Florida telah menembak mati adik lelakinya yang berusia 6 tahun dan mencederakan abangnya yang berusia 16 tahun, seterusnya membunuh diri sendiri dengan senjata sama semata-mata kerana makanan.
“Ini satu insiden yang menyedihkan bila kita tahu usia mereka yang terlibat,” kata Ketua Polis Daerah Pasco, Chris Nocco.
“Kanak-kanak berusia 6 tahun yang sepatutnya bermain di dalam bilik, bergaduh kerana makanan dan dia kehilangan nyawa,” tambahnya.
Kejadian berlaku di kediaman mereka di mana remaja berkenaan tinggal bersama ibu dan tiga lagi adik-beradiknya.
Ketika itu abang sulungnya yang berusia 18 tahun tiada di rumah dan ibu mereka pula sedang bekerja. 
Mereka bertiga yang berada di rumah ketika itu sedang makan malam sebelum perbalahan tercetus kerana makanan.
Tidak menyatakan kejadian sebenar, Ketua Polis menyatakan remaja itu menembak adiknya dan mencederakan abangnya sebelum membunuh diri.
Abangnya yang cedera sempat menghubungi 911 dan dimasukkan ke hospital dengan kecederaan biasa.
Pegawai yang bertugas tidak menyiarkan nama mereka dan masih menyiasat pemilik senjata yang digunakan remaja berkenaan.





SUMBER:  MYNEWSHUB.CC

0 comments:

Post a Comment