Searching...
Monday, March 30, 2015
10:01 PM 0

DAHLAH ADA SUAMI MASIH SANGGUP BUAT KEGIATAN MAKSIAT ... mengapa ???

Sebuah hotel bajet di Jalan Laksamana Chengho, Melaka telah diserbu oleh pihak polis dalam satu serbuan jam 7 malam baru-baru ini. Serbuan yang dilakukan oleh Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat tersebut membawa kepada penahanan dua orang wanita di mana salah seorang daripada mereka adalah warga tempatan.

Wanita berusia 24 tahun itu yang sudah bersuami tersebut ditahan ketika menjual diri di hotel tersebut dengan alasan untuk mencari wang sebagai sumber pendapatan. Siasatan yang dilakukan membongkarkan bahawa wanita tersebut telah menipu keluarganya di Sarawak semata-mata untuk melakukan kegiatan terkutuk tersebut.


Di sebelah kiri di dalam gambar di atas adalah wanita warga China yang telah menyalahgunakan pas lawatan ke negara ini dengan melacur. Ketika tahanan, wanita warga tempatan tersebut di dapati bersama-sama seorang lelaki warga tempatan. Dia menceritakan bahawa, dia telah diperkenalkan oleh seorang rakan kepada bapa ayam tersebut dengan syarat menyerah RM100 daripada RM180 yang diterima daripada pelanggan.



0 comments:

Post a Comment