Searching...
Thursday, April 9, 2015
10:14 PM 0

AMBOI @ GILERRR !!! PELANGGAN BERANI TIDUR DI PERABOT PAMERAN KEDAI IKEA ... mengapa ??? ( 2 GAMBAR )


BEIJING - Dek pelanggan yang tidak bertanggungjawab, IKEA kini melaksanakan 'perintah' larangan yang melarang para pelanggannya daripada tidur di perabot-perabot yang dipamerkan di premis-premis jualan mereka di negara itu.

Lapor Yahoo News, larangan itu dibuat selepas pemerhatian pihak IKEA mendapati, sejumlah besar 'pelanggan' yang datang ke premis mereka hanya untuk menikmati penghawa dingin dan keselesaan perabot. Namun tidak membuat sebarang pembelian dan tindakan tidak bertanggungjawab golongan ini mendatangkan kesan yang tidak baik pada perniagaan IKEA.

Sebelum ini, IKEA Beijing membuka bilik pameran tambahan dan menjemput para pelanggan yang kepenatan untuk 'tidur sebentar' di sofa dan katil. 

Namun, peluang yang diberikan itu 'disalahgunakan' dan menjadi semakin serius menyebabkan pihak IKEA terpaksa mengeluarkan larangan berkenaan di premis mereka untuk mengelakkan premis IKEA sesak dengan 'pelanggan' yang hanya datang untuk tidur.

Bagaimanapun, larangan itu hanya termaktub di China, tidak di Malaysia.

*Terlalu banyak kesan air liur basi, IKEA China terpaksa melarang pelanggan tidur di IKEA. Keh³

0 comments:

Post a Comment