Searching...
Thursday, April 9, 2015
9:46 PM 0

HANGAT @ KESIAN !!! BAYI USIA 10 BULAN MENGHADAPI MAUT DI ICU AKIBAT TERTELAN SKRU ( 2 GAMBAR )


SIK – Seorang bayi lelaki maut selepas bertarung nyawa selama enam hari di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar kelmarin akibat tertelan skru.

Muhamad Hafif Khairi Abdul Nasser (gambar kecil), berusia 10 bulan yang koma sejak hari pertama kejadian disahkan meninggal dunia pada pukul 5.52 petang kelmarin.

Ibu mangsa, Morshida Abdullah, 39, berkata, dalam kejadian pada 2 April lalu, Muhamad Hafif, yang merupakan anak bongsu daripada empat beradik dipercayai mengalami sesak nafas di rumahnya dekat Kampung Dusun Pengapit, Jeneri.



Bayi mati tertelan skru

“Ketika kejadian, saya sibuk mengemas ruang tamu rumah manakala Muhamad Hafif sedang bermain di atas kerusi roda berhampiran sebuah meja tulis.
“Bagaimanapun, apabila saya berpaling, saya melihat keadaan arwah seperti sukar bernafas seolah-olah sedang tercekik sesuatu.

“Saya kemudian ternampak laci meja tulis yang terbuka sebelum saya mengesyaki arwah mengambil sesuatu dari dalam laci lalu dimasukkan ke dalam mulut,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.
Kata wanita itu lagi, dia pada mulanya cuba mengeluarkan objek tersebut dengan cara menepuk belakang dan memasukkan jari ke dalam mulut anak­nya namun percubaannya tidak berhasil.

“Dalam keadaan panik, saya meminta pertolongan ahli keluarga yang menetap berdekatan rumah sebelum membawa Muhamad Hafif ke Hospital Sik.

“Selepas diperiksa, doktor mengesahkan anaknya tertelan satu skru sepanjang dua sentimeter dan objek tersebut tersekat di dalam kerongkongnya sebelum doktor kemudian berjaya mengeluarkan skru itu pada hari sama,” ujarnya.

Bagaimanapun, Morshida yang merupakan ibu tunggal memberitahu, selepas kejadian itu keadaan anaknya tidak pulih malah terus koma menyebabkan doktor terpaksa memindahkan Muhamad Hafif ke HSB untuk rawatan lanjut.




Artikel menarik:

GADIS DIUGUT OLEH LELAKI YANG KENA LAMA DI WECHAT DENGAN GAMBAR DAN VIDEO AKSI LUCAHNYA ( 9 GAMBAR ) 

DISEBAB REBUT TEMAN LELAKINYA PENGURUS BALAS DENDAM DENGAN CURI DAN SEBAR GAMBAR HANGATNYA KE INTERNET DENGAN VIRALLL ( 10 GAMBAR ) 

PASANGAN PELAJAR BERMESRA DI BAWAH JAMBATAN DENGAN SERONOK TANPA DISEDARI GAMBAR DITANGKAP DAN SEBAR KE INTERNET ( 2 GAMBAR ) 

0 comments:

Post a Comment