Searching...
Thursday, April 16, 2015
12:41 AM 1

OPPS @ WOOOH !!! LELAKI MELARIKAN DIRI DALAM KEADAAN BOGEL DENGAN MOTOSIKAL ... mengapa ??? ( 2 GAMBAR )


Video seorang lelaki India menunggang motosikal tanpa seurat benang tersebar di laman Facebook sejak semalam, mengundang tanda tanya orang ramai. 


Berdasarkan video, pemandu dan rakannya yang merakam video berkenaan pada awalnya cuba bertanya mengapa lelaki itu tidak berpakaian selain dari bertanya dari mana asal tempat tinggalnya.

Apabila disuruh memberhentikan motosikalnya, lelaki itu enggan menyebabkan kumpulan terbabit bertindak menyekat laluan lelaki itu. Namun, dia sekali lagi cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan oleh ahli kumpulan berkenaan.

Bimbang dibelasah oleh kumpulan berkenaan, lelaki itu bertindak melarikan diri dan meninggalkan motosikal dalam keadaan berb0gel. 


Video itu dimuat naik ke laman Facebook tanpa sebarang penjelasan yang kukuh menyebabkan netizen mengecam tindakan sekumpulan lelaki Melayu itu yang dilihat cuba membelasah lelaki India itu.

"Kenapa nak belasah dia? Bukannya dia pegang senjata pun. Dia cuma berb0gel je pun. Kalau ye pun, call polis dan suruh datang tangkap. Bukan ambil tindakan sendiri," kata netizen.

"Korang cakap memang senang, kesian tak bertempat. Entah-entah lelaki tu dah mer0gol anak dara orang ke, rompak rumah orang ke. Dah keluar berita nanti lapor ada mangsa kejadian, baru korang nak kata 'rugi tak tangkap mamat tu!'. Masa tu baru nak menyesal," kata netizen yang tidak bersetuju dengan tindakan golongan netizen yang bersimpati dengan lelaki terbabit.

Tidak lama selepas tersebarnya video tersebut, tampil seorang lelaki yang mengaku terlibat dalam kejadian itu mendedahkan bahawa, mereka tidak membelasah lelaki itu, sebaliknya hanya mengertaknya.

"Kami pukul helmet dia, untuk gertak dia saja," katanya.

Jelasnya lagi, sebelum kejadian itu mereka menerima aduan dari jiran yang mendakwa ternampak lelaki itu berlegar-legar di kawasan perumahan mereka sekitar jam 11 malam dan sekali lagi ternampak kelibatnya pada jam 3 pagi.

Bimbang kehadiran lelaki itu, lelaki itu bersama dengan beberapa ahli jawatankuasa keselamatan penduduk kawasan perumahannya bertindak mengejar lelaki terbabit seperti yang dirakam dalam video yang tersebar.


Menerusi video kedua, difahamkan, lelaki India itu berjaya ditahan pihak polis dan hasil pemeriksaan mendapati plastik kecil yang dibawanya mengandung dadah jenis 'Ice'. 

Lelaki itu dipercayai menunggang motosikal tanpa seurat benang kerana terlalu khayal dengan dadah yang diambil. 


1 comments:

  1. WOW !!
    This Is What You Really Want !!


    http://scalar2u.blogspot.com/2014/06/smart.html

    ReplyDelete