Searching...
Sunday, April 12, 2015
7:51 PM 0

GAGAK @ BERANI !!! NI KOMEN PALING HANGAT ZIZAN RAZAK KHAWIN LAIN KINI TERKEJUT ( 3 GAMBAR )


Kontroversi yang melanda Zizan Razak kala ini berlaku dua bulan selepas percintaannya dengan pelakon Emma Maembong putus. Mungkin disebabkan itu terdapat desas-desus kontroversi pendedahan ini dirancang oleh bekas kekasihnya itu bagi menjatuhkan Zizan.

Ketika ditanya oleh Zuan Azmi dalam program Melodi TV3 sama ada benar Emma mengenali dua wanita yang membuat pendedahan mengenai kelakuan Zizan, pelakon itu memberitahu:

"Tentang benda ini, keluar akhbar, buka cerita semua, saya tidak mahu ambil tahu dah. Kisah saya dengan dia pun dah tiada jodoh.

Orang boleh tunjukkan jari, salahkan orang (lain). Benda tu semua jodoh dan karma."


Ketika ditanya sama ada Emma menyimpan dendam disebabkan dakwaan Zizan tidak suka Emma hingga pernah meninggalkan sebuah majlis apabila mendapati Emma turut berada di tempat itu, seolah-olah tidak mahu berhadapan dengan Emma, dia memberitahu dia tidak ambil tahu.

"Saya tak pernah ambil tahu dia buat apa, ini kenapa, sebab saya tak pernah ambil tahu apa-apa. Bagi saya cukuplah. Lebih baik saya fokus pada kerjaya saya dan apa yang berada di hadapan dari saya fikir tentang apa yang di belakang.

Orang besar-besarkan dan orang salahkan sebelah pihak. Saya tidak beri apa-apa kenyataan orang kata saya lari. Bila saya diam, kata tiada komen, orang kata saya kekwat tidak mahu beri kenyataan, macam-macam. Tapi bila saya bersuara orang kata saya tak matang.

Saya berada di tengah-tengah, tak tahu apa saya patut buat.

Tiada perempuan dalam dunia yang bercinta bagai nak rak, yang semua perhubungannya semua orang tahu mahu putuskan hubungan tanpa sebab. Orang kata saya meroyan, bagi saya itu normal, putus cinta kita menangis.

Tiada sebab saya nak buka salah dia. Bagi saya dua-dua ada salah tetapi dah putus tak perlu nak kata dia salah. Saya tidak pernah cerita mengapa kami putus. Saya tiada sebab hendak tutup periuk nasi orang."


Dengan penafian ini, dapatlah disimpulkan bahawa Emma bukanlah ‘dalang’ yang didakwa penyebab kepada kontroversi yang kini melanda Zizan Razak.

Namun begitu, Emma mengakui dia kini rapat dengan seorang pelakon lelaki (mungkin merujuk kepada Kamal Adli) namun tiada apa-apa yang istimewa buat masa ini.

Betul juga kata Emma tu, benda yang lepas tak perlu dikenang. Bila kita sudah melalui fasa kesedihan, biasanya kita akan muhasabah diri dan menyedari bahawa everything is just the way it should be. Chewahh!

Selamat maju jaya diucapkan buat Emma.



0 comments:

Post a Comment