Searching...
Tuesday, February 18, 2014
4:48 PM 0

333,915 terima BR1M di Pulau Pinang

GEORGETOWN - Sebanyak 333,915 orang akan menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Pulau Pinang bermula 23 Februari ini, kata Pengarah Jabatan Penerangan Pulau Pinang, Ishak Abdullah.
   
Beliau berkata sejumlah 160,336 penerima yang tidak memiliki akaun bank akan menerima bantuan itu secara berperingkat bermula 23 Februari diikuti pada 2,8 dan 9 Mac ini.

BR1M 3.0

   "Bantuan untuk 173,579 penerima lagi akan dikredit terus ke dalam akaun bank mereka dan surat kepada semua penerima telah dihantar menerusi pos bermula hari ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
   
Ishak berkata sebanyak 202,646 orang terdiri daripada golongan isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah sebulan layak menerima BR1M RM650 manakala 21,438 orang akan menerima RM450 bagi kategori pendapatan isi rumah RM3,000 hingga RM4,000.
   
Beliau berkata seramai 109,831 penerima lagi ialah individu bujang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan yang akan menerima RM300.
   
Bagi fasa pertama, sebanyak 2,500 penerima akan dijemput mengambil bantuan itu di lima kawasan Parlimen iaitu Kepala Batas, Tasek Gelugor, Permatang Pauh, Nibong Tebal dan Balik Pulau. 

SUMBER: Bernama

0 comments:

Post a Comment