Kajang: Karaoke seks. Itu perkhidmatan ditawarkan sebuah premis yang beroperasi tanpa lesen di empat lot kedai tiga tingkat di Taman Berjaya Baru, Sungai Chua, di sini.
Di tingkat satu dan tiga diubah suai menjadi bilik dan dewan hiburan untuk pelanggan berkaraoke sambil meminum arak manakala di tingkat dua pula dijadikan ‘port’ pelacuran dengan menawarkan pelayan pelanggan (GRO) warga asing dengan harga antara RM180 hingga RM250.
GRO warga asing cuba menyorok di sebalik bantal.
Bagaimanapun, kegiatan tidak bermoral itu tumpas dalam serbuan Ops Cantas Khas/Ops Noda selama tiga jam bermula jam 11.30 malam kelmarin yang dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.
ANTARA GRO warga asing yang ditahan dalam karaoke seks di Sungai Chua.
Pegawai Turus D7 IPK Selangor Deputi Superintendan Rohan Shah Ahmad berkata, polis terpaksa mengambil masa hampir setengah jam memecahkan pintu premis dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) itu disebabkan keengganan penjaga premis membuka pintu walaupun sudah diarahkan.
“Serbuan diketuai Asisten Superintendan Mohd Shukri Abdullah bersama lima pegawai dan 18 anggota termasuk dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor serta pasukan Cantas Khas Wanita Selangor.
“Dua pintu masuk terpaksa dipecahkan iaitu pintu kanan dan pintu tengah sebelah depan. Selepas pemeriksaan dijalankan, kami mendapati seramai 41 pelanggan berada dalam premis dan semua maklumat mereka diambil untuk dokumentasi. Pelanggan terdiri 36 lelaki dan tiga wanita tempatan, seorang lelaki Indonesia dan seorang lelaki Myanmar.
SUMBER: Metro Harian
0 comments:
Post a Comment