Searching...
Wednesday, February 19, 2014
12:52 AM 0

Suami isteri sekutu proses 80kg heroin

Georgetown: Sikap tamak sepasang suami isteri dalam mencari kemewahan memakan diri sendiri apabila dikesan menjadikan unit pangsapuri di Solok Gangsa, Greenland, di sini, sebagai makmal memproses heroin.



Perbuatan mereka bersama dua lagi rakan terbongkar apabila kediaman berkenaan diserbu Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) yang merampas 80 kilogram (kg) heroin dan serbuk asas dadah berkenaan.
Menurut sumber, dalam serbuan dua hari bermula Ahad lalu dan berakhir awal pagi kelmarin, polis turut menahan dua lagi ahli sindiket terbabit masing-masing seorang lelaki dan seorang wanita.
“Pada mulanya polis menahan lelaki dan wanita terbabit di kafe di Tanjong Tokong dengan hasil pemeriksaan, polis merampas syabu, heroin dan pil Eramin 5 daripada mereka.
“Susulan itu, polis menahan seorang lelaki dan menemui sepeket kecil heroin dalam saku seluarnya,” kata sumber itu.
Menurut sumber berkenaan, siasatan lanjut membawa kepada penahan isteri lelaki terbabit yang juga warga China sebelum mereka membawa polis ke rumah urut dipercayai milik mereka di Jalan Burma, di sini.
“Dalam serbuan itu, polis menemui heroin seberat kira-kira 32 gram diletakkan dalam beg pakaian dan hasil siasatan lanjut, suaminya membawa polis ke sebuah pangsapuri di Solok Gangsa.
“Hasil serbuan terakhir itu, polis membongkar sebuah makmal dijadikan markas memproses dadah jenis heroin dan merampas kira-kira 80kg dadah bersama serbuk asasnya,” kata sumber itu lagi.
Sumber itu menambah, polis tidak menolak kemungkinan ahli sindiket terbabit menjalankan aktiviti memproses dadah di pangsapuri itu sejak beberapa bulan lalu.
“Polis masih menjalankan siasatan lanjut sama ada heroin itu untuk pasaran tempatan atau ahli sindiket itu mempunyai rangkaian antarabangsa,” katanya.
SUMBER :Metro HARIAN

0 comments:

Post a Comment