Christina Aguilera Sah Turun Malaysia Bulan Hadapan
Setelah sekian lama membiarkan peminat berteka-teki, hari ini Live At Work mengesahkan bahawa penyanyi popular Hollywood, Christina Aguilera akan turut bersama Rain dan Craig David membuat persembahan secara langsung di konsert Twin Towers @Live 2014.
Menurut Penasihat Projek Live At Work, Dato’ Hafez Mohamed, pemilihan Christina dibuat kerana superstartersebut mempunyai kelebihan tersendiri selain mempunyai kelompok peminat yang cukup luas.
Kami sebagai penganjur sangat teruja untuk membawa Christina Aguilera membuat persembahan bersempena Twin Towers @Live 2014. Kami dan pihak Christina juga sudah berbincang mengenai perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan, dan kami percaya konsert ini akan berjalan dengan lancar.
Istimewanya, Christina sendiri akan membuat persembahan selama 75 minit pada malam pertama konsert tersebut.
Malah bintang terkenal itu juga kini kembali menjadi kegilaan ramai menerusi single terbarunya berjudul Say Something yang merupakan duetnya bersama A Great Big World.
Selain daripada tiga artis antarabangsa ini, Twin Towers @Live juga bakal dihiburkan dengan persembahan daripada penghibur tempatan antaranya Joe Flizzow, Altimet, SonaOne, Ila Damia, DJ Biggy, Oh Chentaku, dan DJ Irama.
Christina Aguilera Sah Turun Malaysia Bulan Hadapan
Joe Flizzow akan turut membuat persembahan di Twin Towers @Live 2014
Jangan lepaskan peluang anda untuk merasai sendiri kemeriahan konsert tahunan yang bakal mengukir sejarah tersendiri pada 28 dan 29 Mac 2014 ini.
Untuk pengetahuan anda, Twin Towers @Live adalah sebuah konsert percuma dan tiada sebarang tiket masuk diperlukan.
Apapun untuk semua pembaca OHBULAN!, jom saksikan dulu MV Say Something nyanyian Christina Aguilera dan A Great Big World di bawah ini. Semoga terhibur!


SUMBER: OH BULAN