Searching...
Sunday, February 16, 2014
11:36 PM 0

Taylor Swift Bakal Gamatkan Stadium Putra Jun Ini

Taylor Swift Bakal Gamatkan Stadium Putra Jun Ini
Para peminat tegar Taylor Swift pastinya teruja sebaik mendengar berita ini. Ya, untuk makluman Swifties di Malaysia, penyanyi ini akan mengadakan konsert jelajah yang diberi nama The Red Tour dalam masa beberapa bulan sahaja lagi.
Konsert yang dibawakan khas oleh Cornetto ini akan berlangsung pada 11 Jun 2014 bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Difahamkan, Taylor Swift akan menghiburkan peminatnya dengan persembahan eksklusif menerusi lagu-lagu daripada album terbarunya berjudul Red termasuklah beberapa buah lagu daripada album terdahulu.
Taylor Swift Bakal Gamatkan Stadium Putra Jun Ini
Gaya Taylor Swift sewaktu Red Tour di Omaha, Nebraska
Red merupakan album studio keempat yang telahpun dilancarkan sekitar bulan Oktober 2012. Antara lagu popular daripada album tersebut ialah We Are Never Ever Getting Back TogetherI Knew You Were Trouble dan 22.
Untuk pengetahuan anda, tiket hanya akan dijual bermula pada 1 Mac 2014 dan boleh didapati di laman webTicket Pro atau menerusi talian 03 7880 7999.
Sementara itu, apa kata anda layan MV 22 di bawah bagi membangkitkan keterujaan di dalam diri anda sebelum menyaksikan persembahan Taylor Swift secara langsung nanti. Semoga terhibur!



SUMBER: Oh Bulan


0 comments:

Post a Comment