Searching...
Thursday, February 27, 2014
5:30 PM 0

4 maut rempuh tembok

Klang: Empat lelaki terbunuh manakala seorang lagi cedera selepas Perodua Myvi dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh tembok sebuah kedai emas di Batu 10 Jalan Kapar, kira-kira jam 3.30 pagi tadi.
Kereta yang dinaiki kelima-lima mangsa yang datang dari Kapar ke Klang itu dipercayai dipandu laju sebelum hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar lampu isyarat di tengah laluan berkenaan. 
Ketua Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara Asisten Superintendan Zawary Mahadi berkata, kereta mangsa kemudiannya merempuh tembok kedai emas yang terletak bertentangan lampu isyarat berkenaan.

"Rempuhan menyebabkan kereta dinaiki mangsa terbakar.
Foto

"Empat daripada lima lelaki di dalamnya terbunuh manakala seorang lagi berjaya diselamatkan orang ramai dan hanya mengalami kecederaan ringan," katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa yang terbunuh sudah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk dibedah siasat.

0 comments:

Post a Comment