Searching...
Friday, February 21, 2014
7:05 AM 0

Kepala anak hampir terhantuk di kaki lima

Kuala Lumpur: “Saya cedera dan kepala anak nyaris terhantuk di kaki lima apabila penutup longkang jenis fiber pecah sebaik dipijak,” kata penjawat swasta Khairil Shahriman Maarup, 38, yang cedera di kaki dan tangan ketika beriadah di Taman Rekreasi Lembah Kiara yang terletak di Jalan Abang Haji Openg, Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini, Sabtu lalu.
Dia bernasib baik kerana berjaya memegang erat anak berusia dua tahun yang ketika itu didukung daripada terhantuk pada batu di laluan joging berkenaan.
Katanya penutup longkang jenis fiber bagi menggantikan yang besi bertujuan mengelak daripada dicuri seharusnya kerap diganti dan bukannya dibiarkan reput kerana mengundang risiko kemalangan kepada pengunjung ke taman itu.
Foto
“Pihak pengurusan harus menukar penutup lebih kerap kerana ia mudah patah jika dipijak.
Ini membahayakan pengunjung terutama kanak-kanak yang gemar bermain di taman ini,” katanya.
Menurutnya, kerja naik taraf landskap yang sedang dijalankan juga mengundang ketidakselesaan kerana persekitaran berdebu selain alat-alat binaan ditimbun di bahu laluan pejalan kaki.
“Terdapat banyak paku dan papan dibiarkan tanpa sebarang notis amaran keselamatan kerana kerja pembinaan landskap itu dilakukan serentak di semua kawasan rekreasi itu,” katanya.
SUMBER: METRO HARIAN

0 comments:

Post a Comment