Searching...
Sunday, February 23, 2014
6:40 PM 0

Bintang-bintang Terkenal Disney

Anda mengenali mereka sebagai kanak-kanak yang polos dengan senyuman mongel, tetapi apabila kamera Disney mula berhenti berdetik, sesetengahnya menjadi liar dan ada juga yang bagaikan orang gila.

Selena menghabiskan dua minggu di pusat pemulihan


Sumpahan Disney kembali lagi apabila didedahkan bahawa Selena Gomez baru-baru ini menghabiskan dua minggu di pusat pemulihan yang merawat golongan muda yang bertarung dengan trauma emosi, ketagihan atau kemurungan.

Bintang berusia 21 tahun itu dimasukkan ke pusat pemulihan The Meadows di Dawn, Arizona pada 5 Januari lalu, tempat untuk merawat golongan muda berusia 18 hingga 26 tahun.

Wakil bintang Disney yang pernah menjalin hubungan dengan Justin Bieber itu mengesahkan laporan terbabit, tetapi mengatakan ia tiada hubungan dengan sebarang penyalahgunaan dadah.

Penahanan Brown sudah menjadi isu tahunan


Orlando Brown mula berlakon dalam That’s So Raven tetapi kehidupan sebenarnya juga tidak jauh daripada wataknya dalam drama sitkom itu.

Dia ditahan kerana memiliki dadah pada 2008. Kemudian selepas ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol pada 2008, dia ditahan lagi pada 2011 dan 2012.

Menurut sumber, dia kini mempunyai tiga lagi waran tangkap setakat ini.

Kejatuhan Britney menjadi kisah paling berprofil tinggi


Britney Spears ialah seorang daripada bintang asal Kelab Mickey Mouse sebelum tampil sebagai bintang pop sekolah menengah dengan lagu popular Hit Me Baby One More Time.

Dia menghadapi kejatuhan dalam kariernya pada 2007 apabila mencukur kepalanya dan bercakap seperti orang tidak siuman sebelum dihantar ke pusat pemulihan. Tiada siapa boleh melupakan perkahwinannya yang singkat selama 55 jam di Vegas pada 2004.

Sejak beberapa tahun lalu, Britney bertarung dengan kuasa jahat dalam dirinya dan berjaya memperoleh satu siri persembahan di Las Vegas dengan nilai kontrak yang dilaporkan sebanyak AS$30 juta (RM99 juta).

Lee meninggal ketika berusia 29 tahun


Dikenali melalui lakonannya sebagai watak utama dalam saluran Disney The Famous Jett Jackson dari 1998 hingga 2001, Lee Young secara tragik membunuh diri pada 19 Ogos tahun lalu pada usia 29 tahun.

Lee mati akibat kecederaan tembakan di kepala, menurut catatan dalam sijil kematiannya.

Sejak melakonkan watak Jett, Lee mula meraih kemasyhuran dan pernah memegang watak detektif dalam drama Rizzoli & Isles.

Whitlock menjalani hukuman penjara setahun ketika berusia 19 tahun


Aktor ‘I play the cello’ daripada High School Musical ini ditahan kerana cuba merompak restoran piza menggunakan senjata api pada 2008.

Elijah Whitlock kini menjalani hukuman penjara setahun pada usia 19 tahun.

Misha mula terbabit dengan masalah pada 2007


Sebelum drama televisyen the O.C, Misha Barton berlakon dalam filem Disney, A Ring Of Endless Light.

Kehidupan Misha berjalan dengan baik, tetapi pada 2007 dia mula menyertai kumpulan bintang bermasalah Disney iaitu Lindsay Lohan, Amanda Bynes dan Brian Boswell.

Sejak ditahan, Misha berusaha untuk kembali memulihkan kehidupannya dan bintang berusia 27 tahun itu kini mula menceburi dunia peragaan untuk model perkahwinan.

Demi kritik Hollywood 


Demi Lovato melakonkan watak Charlotte Adams dalam siri As the Bell Rings di saluran Disney.

Pada 2010, Demi menarik diri daripada konsert Jonas Brothers untuk memasuki pusat pemulihan. Laporan menyatakan Demi memutuskan untuk mendapatkan rawatan di pusat pemulihan selepas menumbuk penari latar wanita, Alex Welch.

Demi kemudian mendedahkan bahawa dia menderita bulimia dan ‘ketagihan’ alkohol serta dadah. Sebagaimana yang dikatakannya “seperti yang diambil kebanyakan remaja untuk mengurangkan kesakitan dan kesedihan”.

Dia kemudian pulih dan kembali semula sebagai juri dalam program realiti X Factor AS pada 2012, menyertai Britney Spears dalam rancangan itu. Buku autobiografinya dijangka dilancarkan tahun depan.

Efron memasuki pusat pemulihan akibat ketagihan kokain


Aktor berusia 25 tahun ini menjadi kegilaan remaja ketika membawakan watak Troy dalam drama televisyen High School Musical yang membolehkannya bergelar jutawan pada usia kanak-kanak.

Zac Efron bertemu dengan kekasihnya Vanessa Hudgens di set penggambaran dan mereka kemudian menjadi pasangan remaja popular ke mana saja mereka pergi. Tidak lama kemudian mereka berpisah.

Pada September lalu, peminat terkejut apabila Efron didakwa memasuki pusat pemulihan secara rahsia awal tahun lalu akibat ketagihan kokain. Menurut sumber, ketagihannya menjadi keterlaluan hingga dia memerlukan bantuan. Rakan kepada bintang itu berkata, Efron kini semakin pulih selepas menjalani rawatan.

Amanda masih menerima rawatan


Bintang Amanda Show ini mula berubah ‘tidak siuman’ apabila mendakwa di Twitter bahawa pegawai polis yang menahannya sekitar tahun lalu menyerangnya secara seksual.

Sejak dakwaannya di Twitter itu, Amanda Bynes menjadi kegemaran ramai di media sosial.

Dua bulan kemudian, dia ditahan kerana alat menghisap dadah jatuh dari tingkap apartmennya di New York.

Keadaan semakin tidak terkawal apabila dia diarah menjalani pemeriksaan psikiatri kerana mula membakar halaman rumah orang di California pada September lalu.

Amanda kini masih menerima rawatan.

Lewis menghadapi tuduhan membunuh


Bintang The Suite Life of Zack and Cody bukan lagi golongan remaja tetapi kehidupannya yang menarik sukar diketepikan.

Pada 1992, Phill Lewis yang melakonkan watak Mr Moseby berdepan tuduhan membunuh gadis berusia 21 tahun ketika memandu dalam keadaan mabuk.

Boswell terus berdepan masalah dengan polis


Sudah tidak asing bagi bintang Blank Check, Brian Boswell yang sering ditahan polis kerana memandu dalam keadaan mabuk pada 2001 dan 2004. Pada 2007, bekas bintang kanak-kanak itu turut didakwa kerana menyerang kekasihnya.

Miley terdesak singkir imej Disney 


Bintang Hannah Montana ini mula tampil pelik apabila mencukur kepalanya dan meninggalkan tunangnya, pelakon Hunger Games, Liam Hemsworth.

Miley Cyrus memang tidak pernah menghadapi masalah undang-undang, tetapi persembahannya bersama Robin Thicke ketika Anugerah Muzik Video MTV mencetuskan kontroversi dan agak keterlaluan.

Kelakuan Miley dikatakan semakin menjadi-jadi apabila tampil berbogel di atas bola logam.

SUMBER: sentiasapanas.com

0 comments:

Post a Comment