Searching...
Wednesday, February 19, 2014
5:04 PM 0

Padam api 8 hektar

Shah Alam: Seramai 30 anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Andalas, Kota Raja, Sungai Pinang dan Pelabuhan Klang bertungkus-lumus memadamkan kebakaran kawasan tanah gambut di Johan Setia yang terbabit dalam kebakaran sejak 5 Februari lalu dalam satu operasi secara berterusan bermula jam 10.30 pagi, semalam.
Kawasan yang dilaporkan terbakar ialah di Jalan 9 Johan Setia serta ladang sawit berhampiran yang membabitkan keluasan seluas 10 hektar dan setakat ini, sebanyak lapan hektar sudah berjaya dipadamkan.



Ketua Balai Bomba Andalas Zulkepli Othman berkata, pasukan berkenaan dipecahkan kepada dua pasukan iaitu untuk melakukan aktiviti pemadaman di Jalan 9 manakala satu lagi pasukan melakukan pemadaman di kawasan ladang sawit.
“Selain cuaca kering dan panas, keadaan geografi juga menjadi penghalang kerana kebakaran di bawah tanah tidak padam sepenuhnya selain faktor keselamatan anggota yang perlu diambil kira berikutan keadaan asap yang memenuhi kawasan kebakaran.
“Pasukan kami juga mengalami kesukaran memadam kebakaran itu kerana tekanan air rendah selain struktur kawasan diliputi tanah gambut,” katanya Zulkepli berkata, operasi dilakukan bertujuan mengurangkan pencemaran udara terutama pada musim kering kebelakangan ini yang sebelum ini berpunca daripada pembakaran kawasan ladang di kawasan berhampiran.


Harian Metro kelmarin melaporkan, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor mengenal pasti sekurang-kurangnya enam pemilik tanah di Johan Setia melakukan pembakaran terbuka, sekali gus menyebabkan kualiti udara di negeri ini merosot ekoran peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU).

SUMBER: METRO HARIAN

0 comments:

Post a Comment