Searching...
Thursday, February 27, 2014
11:19 PM 0

Dua anak majikannya Percayai mati Cara Perlahan-lahan

Sungai Buloh: Pembantu rumah yang mengelar leher dua anak majikannya dipercayai mati secara perlahan-lahan berdasarkan kepada kedudukan tangan dan kesan percikan darah pada mayatnya.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Junaidi Bujang berkata, pihaknya turut menemui tiga pisau dengan kesan darah berhampiran pembantu rumah terbabit dan masa kejadian dianggarkan berlaku di antara jam 5.30 petang dan 7 malam. 
FotoANGGOTA polis mengusung mayat salah seorang mangsa.
Katanya, polis masih menjalankan siasatan untuk mengetahui punca sebenar dan menolak kemungkinan terdapat pihak lain yang terbabit dalam kes ini berdasarkan kepada tiada kesan pecah masuk selain keadaan rumah yang berkunci serta dikawal empat ekor anjing jenis Rottweiler. 

“Mengikut keterangan daripada ahli keluarga mangsa, mereka keluar daripada rumah pada kira-kira jam 5 petang dan melihat kedua anak itu sedang bermain dengan pembantu rumah berkenaan.
“Selepas tiba ke lokasi dituju, pembantu rumah terbabit ada menelefon dan menyatakan sedang menyediakan mi segera dipercayai untuk kanak-kanak itu.


0 comments:

Post a Comment