Searching...
Wednesday, February 19, 2014
9:39 PM 0

Maut rempuh dua pokok

Ledang: Seorang remaja perempuan terbunuh selepas kereta PROTON Satria dinaikinya terbabas lalu merempuh pokok sebelum terbalik di Kilometer 9, Jalan Muar-Tangkak berhampiran Sungai Mati di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 3.55 pagi, mangsa Nurul Syafiqah Khairul Zairi, 17, dari Tanjung Agas menaiki kereta dipandu bapa saudaranya Affendi Ikram Shukor, 31, menuju Tangkak.
Foto
KEADAAN kereta mangsa remuk.
Bagaimanapun, sebaik tiba di tempat kejadian, kereta berkenaan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh dua pokok di tepi jalan sebelum terbalik.
Kemalangan menyebabkan kereta itu remuk di bahagian depan manakala kedua-dua mangsa tersepit di tempat duduk masing-masing sebelum Nurul Syafiqah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan Affendi Ikram cedera parah.
Nurul Syafiqah dikatakan sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) manakala Affendi Ikram bekerja di sebuah bengkel membaiki kenderaan di daerah ini.
Ketua Polis Daerah Ledang Superintendan Mohamed Salleh Abd Razak berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku dipercayai akibat kereta itu dipandu laju.
Menurutnya, pihaknya juga tidak menolak kemalangan itu berpunca akibat pemandunya mengantuk.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tangkak untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya,” katanya.
SUMBER: METRO HARIAN

0 comments:

Post a Comment