Searching...
Thursday, February 20, 2014
11:43 PM 0

Diselaputi lumpur setebal 30sm

Beaufort: Beberapa kediaman termasuk sekolah yang terjejas akibat banjir besar melanda daerah ini minggu lalu sehingga dipenuhi lumpur setebal hampir 30 sentimeter (sm) selain pelbagai peralatan musnah dan tidak boleh digunakan lagi.
Tinjauan Harian Metro mendapati keadaan lumpur tebal itu menyebabkan beberapa peralatan terbenam ke dalam tanah dan sukar dibersihkan. 
Foto
ANGGOTA pasukan seragam menyertai program gotong-royong pembersihan sekolah dilanda banjir lumpur.
“Selain itu, banyak peralatan termasuk meja, kerusi dan buku rujukan disimpan di sekolah ini musnah dibawa arus banjir,” katanya ketika ditemui di sekolah berkenaan, di sini, semalam.

Matjun berkata, ini kali ketiga kawasan itu dilanda banjir dan pertama kali diselaputi lumpur tebal dibawa arus Sungai Padas yang terletak berhampiran sekolah.

Foto
GURU Syaheela Atikah menyertai operasi membersihkan sekolah sekitar Beaufort.

“Selepas beberapa hari air surut, kami bergotong-royong membersihkan sekolah dan murid terpaksa diberi cuti sehingga kerja pembersihan selesai,” katanya.

Terdahulu, kerja gotong-royong itu turut disertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) Jabatan Perdana Menteri (JPM). 
SUMBER: METRO HARIAN

0 comments:

Post a Comment