Searching...
Wednesday, February 26, 2014
7:56 PM 0

Sibayi Derita kerana Saluran Arteri terbalik pada Jantung

Georgetown: Sepasang suami isteri merayu orang ramai menghulurkan bantuan bagi menampung kos pembedahan bayi lelaki mereka yang mengalami masalah saluran arteri terbalik dan menampal dua lubang yang dikesan pada jantung anak mereka.
Pasangan berkenaan memerlukan RM60,000 untuk membiayai kos perubatan itu, tetapi menghadapi masalah kewangan berikutan mempunyai tempoh hanya tiga minggu sebelum pembedahan dilakukan. Bayi terbabit, Ng Khai Zhi, berusia tiga minggu, dikesan mempunyai masalah kesihatan itu selepas dilahirkan apabila badan dan bibirnya bertukar biru kehitaman.

Bapa bayi terbabit, Ng Chong Jin, 30, berkata dia dan isterinya tidak mengesyaki anak mereka mengalami masalah itu berikutan menghidap deman kuning selepas beberapa hari dilahirkan.
“Hampir keseluruhan badannya sedikit kuning menyebabkan kami gagal mengesan tanda penyakit jantung dihidapinya.

“Masalah kesihatan bayi kami mula dikesan selepas isteri melihat perubahan warna pada badannya sejurus dia sembuh demam kuning dan bibirnya bertukar biru gelap,” katanya di sini, semalam.

Selepas pemeriksaan dijalankan, doktor mengesahkan bayi pasangan itu mempunyai masalah kesihatan dan sering menangis serta cepat penat.
Ng bekerja sebagai jurujual di salah sebuah syarikat gas memperoleh pendapatan RM3,000 sebulan, manakala isterinya seorang kerani menerima gaji RM1,900, tetapi masih tidak mampu menampung kos rawatan berkenaan.

Pasangan dari Bukit Mertajam itu, memohon bantuan orang ramai bagi membantu mendapatkan kos pembedahan anak mereka di Pusat Perubatan Gleneagles (GMC), memandangkan doktor hanya memberikan masa tiga minggu untuk menjalani pembedahan itu.
Sumbangan boleh disampaikan dengan menghantar cek atau wang pos kepada NSTP Bahagian Kewangan/Tabung Kebajikan, The New Straits Times Press (M) Berhad, Balai Berita, No 31, Jalan Riong, 59100, Kuala Lumpur dengan menulis nama Ng Khai Zi di belakang cek.

0 comments:

Post a Comment