Searching...
Tuesday, February 11, 2014
12:14 AM 0

Ditahan curi tulang mayat Orang Asli

Rompin:  Kampung Deraman, Batu 3. Enam lelaki ditahan kerana ceroboh  Tanah Perkuburan  Orang Asli dipercayai mencuri tulang untuk tujuan perubatan.

Mereka ditahan orang kampung dan polis kira-kira 9 malam. Mengikuti siasatan suspek
 berusia 14 hingga 43 tahun.


Salah seorang penduduk di kampung yang terjumpa sekumpulan lelaki yang mencurigakan semasa perjalanan balik ke rumah.



Curiga lihat cahaya

Saksi yang bernama Tan Din berumur 39, berkata  dia amat disyaki dengan sekumpulan lelaki memancar cahaya lampu dalam tempat perkuburan.

“Saya bertanya seorang lelaki yang sedang berada di tepi kereta berkenaan dan dia memberitahu kenderaannya kekeringan air.


Katanya “Saya kemudian menghubungi Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Rosman Sulong dan menceritakan kepada beliau perkara ini,” 

Selepas itu, Tan bersama Rosman dan beberapa penduduk memasuki tanah perkuburan berkenaan dan mendapati tiga lelaki sedang menggali kubur, manakala tiga berada berhampiran kereta.

“Penduduk berjaya menahan tiga lelaki yang berdiri berhampiran kereta. Bagaimanapun, tiga lagi lelaki yang menggali kubur meloloskan diri,” katanya.

Selepas itu, katanya penduduk kampung menghubungi polis dan memaklumkan kejadian berkenaan.

Sepasukan anggota polis yang tiba tidak lama kemudian berjaya mengesan tiga lagi lelaki yang meloloskan diri dan menahan mereka.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Ahmad Johari Jahaya, mengesahkan pihaknya menahan enam lelaki terbabit.


“Siasatan awal mendapati suspek berniat untuk mencuri tulang di tanah perkuburan itu untuk perubatan. Dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya. Kes disiasat mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan.

SUMBER: Utusan Malaysia

Jurucamera: Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment