Drama terkenal GERAK KHAS telah dipopularkan selama 12 tahun. Dijangka menarik 1.5 juta penonton setiap episod tersiar di TV1 pada tahun 1999 hingga 2011. Kini Pengarah Urusan Skop Production, Datuk Yusof Haslam ingin lancarkan musim baru di ibu pejabat polis persekutuan Bukit Aman di hadapan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid.

Datuk Helmi lakonan beliau sendiri, Deputi Superintendan Kumar (C Kumaresan), Asisten Superintendan Salina ( Salina Saibi) dan pelakon kacak Norman Hakim yang memegang watak Superintendan Haris.
Pada waktu itu drama berkenaan telah mendapat rating tertinggi selama tiga tahun berturut-turut di dalam carta nombor satu seluruh stesen televisyen.

DR. Zahid Hamidi bersama Yusof Haslam dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Bakri Zinin serta barisan pelakon Gerak Khas selepas majlis pelancaran drama bersiri itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Gerak Khas musim baharu ini turut mempersembahkan usaha anggota polis dalam membanteras pelbagai kes jenayah antaranya kes jenayah berprofil tinggi, kongsi gelap, pendatang asing dan jenayah siber.
Selain itu, musim baru kali ini turut mempaparkan beberapa anggota unit Gerak Khas yang menjadi sasaran golongan penjenayah yang adakalanya mengakibatkan kecederaan dan kematian anggotanya.
Saksikan kemunculan Gerak Khas musim baharu di RTM TV2 bermula 14 Februari 2014 setiap Jumaat bermula jam 9 malam.
Jurugambar: Utusan Malaysia
0 comments:
Post a Comment