KUALA LUMPUR: Seramai enam pemandu teksi warga asing antara 32 pemandu teksi ditahan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam operasi bersepadu di sekitar Lembah Klang, hari ini.
Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD Mejar Jeneral (B) Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad berkata, pemandu teksi warga Pakistan ini dipercayai menyewa daripada syarikat teksi dan hanya perlu mematuhi arahan diberi iaitu jangan langgar lampu merah dan membawa penumpang secara elok.
Menurutnya, bagaimanapun tindakan mereka salah kerana warga asing tidak dibenarkan membawa teksi dan menimbulkan keraguan apabila mereka turut memiliki MyKad.
“Kita akan merujuk mereka kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk tindakan lanjut sebelum mengambil tindakan terhadap syarikat pemilik teksi yang menggaji mereka,” katanya.
“Kita akan merujuk mereka kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk tindakan lanjut sebelum mengambil tindakan terhadap syarikat pemilik teksi yang menggaji mereka,” katanya.

Che Hasni berkata, warga asing menjadi pemandu teksi adalah sesuatu yang membimbangkan dan jika tidak dibendung, dikhuatiri akan membahayakan nyawa penumpang kerana mereka tiada pemahaman asas dalam undang-undang keselamatan jalan raya dan pengangkutan awam malah menjejaskan imej negara.
“Bagi membendung kegiatan itu, SPAD merangka ketetapan untuk menjalankan pemeriksaan dan operasi ber sama JPN pada masa depan,” katanya.
Beliau menasihati pengusaha teksi supaya mematuhi syarat permit dengan tidak sewenang-wenangnya menyewa teksi mereka kepada warga asing.
Operasi bersama JPN, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia bermula jam 9 pagi sehingga 10.30 malam tadi.
Seramai 32 emandu teksi ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan seperti tidak menggunakan meter ketika membawa penguatkuasa SPAD yang menyamar sebagai penumpang dan menetapkan tambang tambahan, kata Che Hasni.
“Mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 22 Akta Pengangkutan Awam Darat dan Seksyen 75 akta yang sama yang boleh didenda RM1,000 hingga RM5,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Balai Polis Trafik Jalan Bandar, di sini, tadi.
SUMBER: Harian Metro
0 comments:
Post a Comment